06.21

special letter ! (1)


*buat mak dan abah, sempena hari ibu dan bapa..

walaupun kasih ku x bersempena ~ sentiasa



Buat ibu dan ayah,
Setiap kesalahan
Setiap kekasaran
Setiap kelancangan
Setiap kesilapan
Ku mohon ampun
Moga hilang parut hati yang pernah terguris.

Buat ibu dan ayah,
Maaf jika aku mengecewakan
Maaf jika aku bersikap jelik
Maaf jika aku kurang memahami
Moga setiap dosa dan kesalahan ku diampunkan.

Buat ibu dan ayah
Tiada apa yang ku minta
Hanya doa dan restumu
Hanya sokongan dan kebersamaan mu
Perjuanganku
Perjuangan kita
Perjuangan haq
Yang tidak akan pernah henti
Ganjarannya yang satu
Walau satu tapi pasti
Syurga.