07.38

syawal 1430 H




Ramadhan 1430H ; 

  • Alhamdulillah, dapat lalui ramadhan sepenuhnya. Tapi masih x dapat capai target2 tertentu. contohnya dalam bacaan dan hafalan quran. huh. cuba lagi tahun hadapan. gambate.
  • Gambar yang ke2 tu bukan gambar sebenar. itu gambar dari cerita drama malaysia (Nur Kasih). Setakat pengelaman yang ada. Masjid di mesir ni tak pernah kosong macam tu. huhu.
  • Gambar 3; sembahyang tarawih di masjid amru al-as. masjid pertama di mesir yang dibina sahabat Nabi saw iaitu Amru Al-as semasa membuka mesir. waktu ni x pakai baju melayu sebab baru balik dari iftar dari rumah ikhwah medic. jauh dari rumah. Masjid ini akan penuh sampai ke jalan raya pada 27hb ramadhan. Waktu itu solat akan diimamkan oleh sheikh Jibril. 




Syawal 1430H ;

  • Pagi raya: gambar (makan bersama Haidar). Kami masak rendang daging, kuah kacang dan nasi empet. tapi nasi empet ni kurang menjadi. kekurangan air barangkali. jadilah nasi penyek. huhu. tapi ok la. rendang dan kuah kacang tu boleh tahan.



  • Solat raya di suuq sayarat (pasar kereta). Bersebelahan dengan masjid syarbini. Pasar yang hanya beroperasi hari Jumaat sahaja. Hari tu kereta akan penuh. semua jenama ada. Tapi pada pagi syawal ni. Bukan lautan kereta, tapi lautan manusia. Jadi semangat bila kumpul ramai2 macam ni. Takbir!.



  • Selesai solat raya. Kami (ahli rumah) bergegas ke masjid Salam. Bukan niat nak solat dua kali. tu semangat sangat tu. Hajatnya adalah untuk ketemu kawan2 lain yang ramainya solat raya di sana.


  • Hakim tengah duduk disitu. Tak tahu la kenapa termenung. Ingat keluarga kot. Yang bergambar ramai2 tu. Raya tahun ini ada kelainan sikit. Ada kawan2 yang belajar di India datang melawat. Mereka baru habis exam. Cuti dua minggu. haa. tu pun dia, sedang bergambar. 



  • Bergambar bersama. Hakim duduk 4 dari kiri. Pakai jubah hijau. Kalau tak silap fahim punya rasanya. Sebenarnya ni bukan perkarangan masjid. Tapi jalan raya tepi masjid. Depa bentang karpet banyak2. sampai kereta pun tak boleh lalu.



  • Insiden sewaktu nak pulang ke rumah dari Masjid Salam. Kami berjalan kaki. (hanya berdua). Terserempak dengan sekumpulan kanak2 arab yang sedang bermain pistol dan senapang mainan. Tapi boleh keluar peluru plastik.
  • Kami pun panggil la budak2 tu. Dengan hajat nak tangkap gambar sama2. Ini permandangan biasa waktu hari pertama raya. hari kedua dah reda dah. Tiba2 pula budak2 ni nak buat gaya askar. Diorang kata: "mamnu' taswir" (tak boleh tangkap gambar). Dah macam polis betul pulak. Yang baju hijau tu la ketua dia. Pastu acu pistol kat kami. ceh. Dah la pistol mainan. Lebih2 pulak.
  • Kami tangkap gambar jugak. Diorang pun respon. ada pula yang tembak kami. Waduh. Tengah pakai jubah, mana boleh lari. Nasib baik tak kene peluru. Pastu budak2 arab ni minta maaf dan pergi. ~



  • Selesai solat zohor. Ni geng2 yang nak pergi beraya. Ada open-house dekat rumah selangor, kedutaan, rumah johor, rumah terengganu dan beberapa rumah negeri yang lain. Tak sempat nak pergi semua sekali. Tempat semuanya berasingan. Letih nak mencari transpot. Tambang lagi satu hal. bukannya free. huhu.





........................................................................................................................................................




  • Ada jemputan persembahan raya. Nanti kalau ada soft copy, insyaAllah akan diupload.


Sampai disini sahaja.

Yang benar,

HAKIM HAMIDON

0 komentar: