20.08

gambar lagi~

Terkini:


Permandangan dari tingkap rumah. Rumah sebelah kanan buat reban ayam kat tingkat 2.
(rumah ayam lagi lawa n besar dari rumah kami??)


Meja Study (ada laptop??)


Langsir baru (terpaksa warna pink sbb dinding pun cat pink)


Ahli rumah yang tak diberi nama lagi: (abah's request)


Muhammad Amir Mursyid
Usuluddin tahun 1
Selangor


Muhammad Fariz Muhammad Fadhil
Syariah tahun satu
Perak
Kembar (abang)


Muhammad Faiz Muhammad Fadhil
Syariah tahun satu
Perak
Kembar (adik)



(tak yah tulis la...ngade2..)
merdeka!

20.05

KETUA KONTIJEN !

Fuyyo..

11.12

rumah pendatang.. huhu

hanya selingan. sbb dah lama tak posting baru.

  • musim sejuk; (betul2 sejuk)
  • exam lagi 1 bulan, sem1 : 4 subjek;
  • rumah baru; 2bilik.
  • rumah pendatang. sbb visa dah mati. esok baru nak dapat visa baru. esok hari baru. hari pendatang dengan izin. huhu



* dapur: peti sejuk baru, dapur baru. semua nak baru. huhuhu. harga rumah tak mafrusyah (x berperabot), murah. tapi barang2 ada yang takde. kene beli sendiri.






* bilik air, luas, selesa, boleh berenang. (kwang3)









* ruang tamu + bilik yang dah pecah dinding = sangat luas. tapi nak beli langsir. buat penghadang antara r.tamu dan bilik.







*pandangan dekat ruang tamu. cat warna pink. pink colour!. huhu.
karpet baru beli semalam. kalau tak pakai, kaki sejuk beku.

07.38

syawal 1430 H




Ramadhan 1430H ; 

  • Alhamdulillah, dapat lalui ramadhan sepenuhnya. Tapi masih x dapat capai target2 tertentu. contohnya dalam bacaan dan hafalan quran. huh. cuba lagi tahun hadapan. gambate.
  • Gambar yang ke2 tu bukan gambar sebenar. itu gambar dari cerita drama malaysia (Nur Kasih). Setakat pengelaman yang ada. Masjid di mesir ni tak pernah kosong macam tu. huhu.
  • Gambar 3; sembahyang tarawih di masjid amru al-as. masjid pertama di mesir yang dibina sahabat Nabi saw iaitu Amru Al-as semasa membuka mesir. waktu ni x pakai baju melayu sebab baru balik dari iftar dari rumah ikhwah medic. jauh dari rumah. Masjid ini akan penuh sampai ke jalan raya pada 27hb ramadhan. Waktu itu solat akan diimamkan oleh sheikh Jibril. 




Syawal 1430H ;

  • Pagi raya: gambar (makan bersama Haidar). Kami masak rendang daging, kuah kacang dan nasi empet. tapi nasi empet ni kurang menjadi. kekurangan air barangkali. jadilah nasi penyek. huhu. tapi ok la. rendang dan kuah kacang tu boleh tahan.



  • Solat raya di suuq sayarat (pasar kereta). Bersebelahan dengan masjid syarbini. Pasar yang hanya beroperasi hari Jumaat sahaja. Hari tu kereta akan penuh. semua jenama ada. Tapi pada pagi syawal ni. Bukan lautan kereta, tapi lautan manusia. Jadi semangat bila kumpul ramai2 macam ni. Takbir!.



  • Selesai solat raya. Kami (ahli rumah) bergegas ke masjid Salam. Bukan niat nak solat dua kali. tu semangat sangat tu. Hajatnya adalah untuk ketemu kawan2 lain yang ramainya solat raya di sana.


  • Hakim tengah duduk disitu. Tak tahu la kenapa termenung. Ingat keluarga kot. Yang bergambar ramai2 tu. Raya tahun ini ada kelainan sikit. Ada kawan2 yang belajar di India datang melawat. Mereka baru habis exam. Cuti dua minggu. haa. tu pun dia, sedang bergambar. 



  • Bergambar bersama. Hakim duduk 4 dari kiri. Pakai jubah hijau. Kalau tak silap fahim punya rasanya. Sebenarnya ni bukan perkarangan masjid. Tapi jalan raya tepi masjid. Depa bentang karpet banyak2. sampai kereta pun tak boleh lalu.



  • Insiden sewaktu nak pulang ke rumah dari Masjid Salam. Kami berjalan kaki. (hanya berdua). Terserempak dengan sekumpulan kanak2 arab yang sedang bermain pistol dan senapang mainan. Tapi boleh keluar peluru plastik.
  • Kami pun panggil la budak2 tu. Dengan hajat nak tangkap gambar sama2. Ini permandangan biasa waktu hari pertama raya. hari kedua dah reda dah. Tiba2 pula budak2 ni nak buat gaya askar. Diorang kata: "mamnu' taswir" (tak boleh tangkap gambar). Dah macam polis betul pulak. Yang baju hijau tu la ketua dia. Pastu acu pistol kat kami. ceh. Dah la pistol mainan. Lebih2 pulak.
  • Kami tangkap gambar jugak. Diorang pun respon. ada pula yang tembak kami. Waduh. Tengah pakai jubah, mana boleh lari. Nasib baik tak kene peluru. Pastu budak2 arab ni minta maaf dan pergi. ~



  • Selesai solat zohor. Ni geng2 yang nak pergi beraya. Ada open-house dekat rumah selangor, kedutaan, rumah johor, rumah terengganu dan beberapa rumah negeri yang lain. Tak sempat nak pergi semua sekali. Tempat semuanya berasingan. Letih nak mencari transpot. Tambang lagi satu hal. bukannya free. huhu.





........................................................................................................................................................




  • Ada jemputan persembahan raya. Nanti kalau ada soft copy, insyaAllah akan diupload.


Sampai disini sahaja.

Yang benar,

HAKIM HAMIDON

06.49

special letter ! (2) - Raya


Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin andai ada salah dan silap. Jangan lupa orang di perantauan ni,

Doakan kejayaan dunia dan akhirat....

04.22

natijah


Akhirnya.. setelah lama menunggu.. keluar juga natijah pperiksaan akhir tahun.
Gambar kt atas tu markah rasmi mengikut subjek. Alhamdulillah.. diberi sedikit kesempatan
untuk merasa sedikit nikmat kejayaan. tp takde la cemerlang. Dibawah disertakan markah
dan subjek yg dah diterjemahkan. Syukran atas doa abah, mak, abg Saeed, abg Zahid, abg Saif,
kak Huda, Abg Esam, Hanan dan adik. Harap doa kalian dibalas dengan ganjaran yang lebih besar.

berikut keputusan penuh;
No Giliran: 949

1. ulum hadis : maqbul (lulus)
2. tarikh tasyri' : jayyid
3. lughah arabiah (nahu sarf) : jayyid jiddan
4. lughah ingliziah (BI) : jayyid jiddan
5. tafsir ayat ahkam : mumtaz
6. fiqh : jayyid
7. usul fiqh : jayyid
8. fiqh muqaran : jayyid jiddan
9. Alquran : jayyid jiddan
10. qadiah muasarah (fiqh terkini; perubatan) : jayyid
11. tauhid : jayyid
12. bahas fiqh: jayyid jiddan
13. bahas usul fiqh : jayyid jiddan


Keseluruhan dapat 1005. jayyid

01.15

rehlah 09

rehlah matruh july'09


ini team hakim.. team yang hijau. first meeting.

perjalanan yang agak jauh ~


xde kate yang terlafaz.. cuma subhanalLah !


jernih sungguh.. kalah pantai mersing =)


ni la kumpulan yang dapat anugerah paling ceria.. well..




rasid imani.. tazkirah pasti perlu~


sarapan..


half time bola pantai


bola air


cleopatra - banyak sejarah tentang ratu ni.. banyak tinggalan kat mesir... antaranya hamam (bilik mandi) ~ macam pelik je bunyi .


batu besar di pantai - ditebuk dan dijadikan hammam


pertandingan masak - ayam sambal + madu


rendang bujang ~


muhasabah program..


pulang ke cairo .

02.05

rehlah2 egypt



ni antara program terdekat di Mesir. Rehlah ke marsa matruh.
berkedudukan north west dari cairo.
start hari jumaat malam waktu mesir.....



09.40

ex hidayah

gathering pic

gambar masa walimah Qamarul Naim

kiri belakang: Salman Abd Rahman, Anas Ghazali, Qamarul Naim, Huzaifah Muhd Nor, Muhd Saif Jamaluddin, Anas Arshad.

kiri depan: SAYA, Hasan Basri Ismail, Munawwar Abd Rahman, Muhd Muddathir Abd Rahim.

tiada dalam gambar: (jiran) - Fahmi Abdullah Asuhaimi, Abdullah Azam Mohd Ghazali

09.21

the last one ..


just wondering.. boleh ke Hakim baca tulisan macam ni esok.. haha

ni paper subjek yang sama untuk tahun lepas..  subjek fiqh syafie..

agak susah nak baca. soalan pun boleh tahan..

masalah yang agak terperinci.. 



semalam ada paper fiqh muqaran.. quiet hard.. 

and I think - honestly - its not going very well.

bukan tak dapat jawab, alhamdulillah, dapat jawab semua soalan..

tapi rasa kurang yakin sikit.. dalil2 pun banyak tak tulis..

so far, ni yang paling mencabar



doakan2 



bismillah wa tawakkaltu ala Allah

06.21

special letter ! (1)


*buat mak dan abah, sempena hari ibu dan bapa..

walaupun kasih ku x bersempena ~ sentiasa



Buat ibu dan ayah,
Setiap kesalahan
Setiap kekasaran
Setiap kelancangan
Setiap kesilapan
Ku mohon ampun
Moga hilang parut hati yang pernah terguris.

Buat ibu dan ayah,
Maaf jika aku mengecewakan
Maaf jika aku bersikap jelik
Maaf jika aku kurang memahami
Moga setiap dosa dan kesalahan ku diampunkan.

Buat ibu dan ayah
Tiada apa yang ku minta
Hanya doa dan restumu
Hanya sokongan dan kebersamaan mu
Perjuanganku
Perjuangan kita
Perjuangan haq
Yang tidak akan pernah henti
Ganjarannya yang satu
Walau satu tapi pasti
Syurga.

07.17

exam ...


salam..
exam tiba lagi..
sedar x sedar dah setahun dah..
di bumi orang..

Allahumma, zidna 'ilman nafi'an, warzuq fahman wasi'an

kat bawah ni jadual2 exam kali ni..
doa2kan.. najah amin..

  • 6.5 ~ alQuran (lisan)
  • 16.5 ~ alQuran (tulis)
  • 19.5 ~ qa'ah bahas (fiqh) - x tau nak trjemah ape
  • 23.5 ~ tauhid
  • 26.5 ~ qa'ah bahas (usul fiqh)
  • 30.5 ~ qadaya muasirah (fiqh terkini)
  • 2.6 ~ usul fiqh
  • 6.6 ~ fiqh muqaran (fiqh perbandingan mazhab)
  • 9.6 ~ fiqh syafie

  • 11.6 ~ bday housemate .. hehe